Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangArau – Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat UiTM Cawangan Perlis berlangsung dengan meriah dan jayanya di Dewan Seri Semarak, UiTM Cawangan Perlis dengan bertemakan Raya ITM@1974 sempena sambutan Jubli Emas 50 tahun UiTM Cawangan Perlis pada tahun ini.
Rektor UiTM Cawangan Perlis, Prof. Madya Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi dalam ucapannya berkata, “Jadikan kesempatan menyambut Aidilfitri ini sebagai satu penyuntik semangat kekitaan, selain menyuntik sinergi dalam kalangan warga kampus.”
“Selain dapat berkumpul menyambut Hari Raya Aidilfitri, majlis ini juga merupakan satu platform yang penting untuk mengeratkan lagi tali silaturahim sesama staf di samping menjamah juadah yang telah disediakan”, ujar beliau.
Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran mantan Rektor, pesara serta alumni UiTM Cawangan Perlis.


Sepanjang majlis berlangsung, pelbagai pertandingan turut diadakan bagi menyerikan lagi suasana sambutan Aidilfitri seperti gerai tercantik, pakaian tercantik, teka lagu raya, teka juadah raya, teka kuih raya, pertandingan persembahan antara gerai dan pertandingan gambar raya diserikan dalam pengisian program.