13 Jun 2024, 12:47

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Negeri Perlis menjadi tuan rumah bagi Sambutan Hari Ulang Tahun Askar Wataniah (HUT AW) ke-66 Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada 28 hingga 30 Jun 2024.

Sambutan ini juga diadakan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Tuanku Raja Perlis ke-81 dan kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024–2025 yang sedang rancak berlangsung.

Terdapat pelbagai aktiviti diadakan, termasuklah Whole of Government Whole of Society (WOGOS), majlis makan malam, sukan antara rejimen, sesi sukan golf dan woodball, lawatan ke tempat menarik di Perlis, serta beberapa aktiviti lain.

Pemangku Raja Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah,

Acara kemuncak ialah sesi perbarisan pada pagi Sabtu, 29 Jun 2024 di Kem Bukit Keteri.

Lebih daripada 1000 pegawai dan anggota pangkat Tentera Darat Malaysia lain, khususnya Askar Wataniah akan berada di Perlis dalam tempoh berkenaan.

Titah baginda merangkap Komander Rejimen 504 Askar Wataniah,

Semoga tetamu yang hadir dapat menikmati keunikan negeri ini dan membawa pulang seribu satu kenangan yang manis.

Tuanku Pemangku Raja Perlis berkenan berangkat mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli dengan kerjasama MAIPs di sekitar Kem Bukit Keteri, baru-baru ini.

Baginda menzahirkan rasa sukacita atas pemilihan Perlis sebagai tuan rumah pada kali ini.

Demikian titah Tuanku Pemangku Raja Perlis selepas berkenan berangkat mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sekitar Kem Bukit Keteri, baru-baru ini.

Sementara itu, Rejimen 504 Askar Wataniah memaklumkan bahawa kerjasama strategik turut diadakan dengan pelbagai agensi bagi memastikan acara tahunan ini dilaksanakan dengan jayanya seperti yang dirancang.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.