14 Jun 2024, 08:47

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Smart Reader Worldwide akan menganjurkan Majlis Penyampaian Biasiswa “Smart Reader Kids – One Child One Hope” kepada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis 2024 di Dewan Orkid, Tasoh Lake Resort, Kaki Bukit.

Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dijadualkan berangkat bagi menyempurnakan majlis tersebut pada jumaat, 28 Jun 2024.

Majlis ini akan melibatkan kanak-kanak daripada Smart Reader Kids Taman Sri Bahagia Kangar, guru-guru dan ibu bapa, serta pengurusan tertinggi Smart Reader Worldwide diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Sri Dr. Richard Ong.

Dalam pada itu, baginda menzahirkan rasa sukacita atas kerjasama dua hala yang terjalin sejak lebih sedekad ini dan perlu ditambah baik dari masa ke semasa.

Menurut baginda, hal ini bertujuan untuk memastikan pendidikan awal kanak-kanak di negeri ini terus berada pada landasan yang tepat seterusnya melahirkan rakyat Perlis yang bermentaliti kelas pertama dalam segala tindakan.

Titah baginda demikian selepas berkenan berangkat mengetuai program Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar bandar Kangar.

Pemangku Raja Perlis berkenan berangkat menyantuni dan menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf di sekitar Kangar.

MAIPs berkata, kayuhan amal ini merupakan kayuhan mingguan yang turut disertai oleh ketua-ketua jabatan dan agensi negeri Perlis, dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi menyantuni dan menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs berkenan untuk menyampaikan sumbangan MAIPs berupa wang tunai sebanyak RM700, bantuan Kits MAIPs Peduli, serta beras Fidyah kepada setiap seorang daripada mereka.

Tuanku Pemangku Raja yang diiringi sama oleh anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail turut berkenan untuk melawat Kangar Street Art yang merupakan antara tarikan para pengunjung dan pelancong ke bandar ini yang baru sahaja melalui kerja-kerja penambahbaikan baru-baru ini.

Lorong ini menampilkan pelbagai lukisan mural yang unik serta kreatif dan sinonim dengan identiti Perlis dan bandar Kangar itu sendiri.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.