22 Julai 2024, 15:32

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Bangunan Pasar Besar Cheras yang menyimpan seribu satu kisah dan keunikan tradisi penduduk setempat

Pasar Besar Cheras milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berusia lebih daripada 50 tahun ini mempunyai segala kisah dan memori yang tersendiri.

Meskipun begitu, pasar tersebut kini hanya tinggal kenangan apabila bangunan itu dirobohkan untuk memberikan laluan kepada pembangunan bercampur yang mengandungi pasar raya dan pangsapuri. Proses ini sering kali membawa perasaan bercampur baur kepada penduduk setempat yang melihat perubahan sebagai satu langkah ke arah kemajuan, namun tidak dapat mengelak daripada berasa seperti kehilangan sebahagian daripada sejarah dan warisan mereka.

Bagi penduduk yang telah lama menetap di kawasan terbabit, Pasar Besar Cheras menyimpan pelbagai kenangan manis, iaitu dari saat-saat membeli belah bersama-sama keluarga sehinggalah tibanya musim perayaan. Pasar besar itu juga tidak sekadar tempat untuk membeli barangan keperluan harian, malah turut menjadi pusat pertemuan komuniti.

Di sinilah, penduduk setempat bertemu, bertukar cerita dan menjalinkan hubungan erat. Banyak peniaga di pasar itu menjalankan perniagaan mereka di situ selama beberapa dekad. Menurut mereka, pasar tersebut merupakan simbol ketekunan, usaha gigih dan mercu kejayaan keluarga masing-masing.

Walau bagaimanapun, pembangunan pasar besar yang baharu hakikatnya sangat digalakkan untuk memenuhi keperluan moden penduduk. Lebih-lebih lagi dalam usaha menyediakan kemudahan yang menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih kondusif dan signifikan. Perubahan adalah sebahagian daripada arus pembangunan yang tidak dapat dielakkan.

Pasar besar lama kini hanya tinggal kenangan, namun pembinaan pasar baharu adalah langkah penting ke arah masa depan yang lebih baik dan selesa. Dengan menghargai dan mengabadikan memori pasar besar lama, kita dapat memastikan bahawa warisan budaya dan sejarah komuniti terus dihargai oleh generasi yang akan datang.

Pasar Besar Cheras sebelum dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan pembangunan bangunan bercampur yang mengandungi pasar raya dan pangsapuri.
Pasar Besar Cheras yang berusia lebih daripada 50 tahun terpaksa dirobohkan demi memenuhi keperluan masyarakat yang lebih selesa, selamat dan efisien.
Bangunan Pasar Besar Cheras terletak di Taman Tenaga Cheras sedang dirobohkan untuk pembangunan baharu.
Suasana di dalam pasar yang menyimpan pelbagai kenangan pahit dan manis, khususnya bagi peniaga dan masyarakat setempat.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.