Diterbitkan pada 17 April 2024, 15:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Raja Perlis Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis DYMM Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan menerima kunjungan Sultan Selangor DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj serta Tengku Permaisuri Selangor DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, di Balai Menghadap Hijau, Istana Arau, semalam.

Tuanku Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor turut diiringi oleh Tengku Syarif Panglima Perlis, Tan Sri Syed Zainol Anwar Jamalullail dan Tengku Puan Panglima Perlis, Tengku Puteri Norzehan binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

Pada sesi kunjungan tersebut, DYTM Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis turut mengiringi DYTM Raja Tuanku Sultan Selangor dan DYTM Tengku Permaisuri Selangor.

Turut berangkat sama menyambut keberangkatan tiba dan seterusnya mengucapkan selamat berangkat pulang kepada baginda berdua di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar ialah Raja Muda Perlis Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi