Diterbitkan pada 23 Jun 2022, 14:08

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kangar – Majlis Gabungan Persatuan Wanita (NCWO) Perlis menganjurkan Majlis Minum Petang bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perempuan Perlis, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid yang ke-76 di Dewan Warisan, Kangar, Perlis baru-baru ini.

Majlis dihadiri Raja Perempuan Perlis, DYMM Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid dan turut berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Datin Seri Nor Aswana Omar dan Pengerusi NCWO Perlis, Datuk Mastika Junaidah Husin.

DYMM Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Majlis tersebut dimulakan dengan beberapa sesi bergambar kenangan bersama dengan ahli-ahli jawatankuasa majlis dan pihak penganjur serta turut dihadiri kira-kira 180 ahli NCWO Perlis.

Rentetan itu, berlangsungnya upacara memotong kek, persembahan cendera kenangan daripada persatuan-persatuan dan disusuli dengan sesi pengurniaan “Anugerah Jasamu Dikenang” dan sesi “Penyerahan Sumbangan Vitamin” kepada golongan yang memerlukan yang disempurnakan oleh DYMM Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi