Oleh Aninah Janang
3 Mei 2021, 14:20

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Tan Sri Profesor. Dr. Nordin Kardi, dan Pengerusi Eksekutif  Yayasan Pelajaran Mara (YPM), Dato’ Dr. Mohd Nizar Sudin, menyaksikan Majlis Menandatangani Nota Persefahaman (NoU) antara Ketua Pegawai Eksekutif YPM yang diwakili oleh Mohd Amran Mohd Ariffin dengan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Hal Ehwal Pelajar USAS yang diwakili oleh Profesor Dato’ Dr. Wan Sabri Wan Yusuf.

Majlis yang berlangsung pada 3 Mei lalu turut menyaksikan upacara penyerahan cek bernilai RM200 ribu tajaan Maybank Islamic Berhad kepada USAS untuk menjayakan Program Fast Track SPM Tahfiz.

Fast Track SPM Tahfiz USAS Bridging Centre (Pusat Kecemerlangan USAS) merupakan program yang berkonsepkan kelas tuisyen untuk pelajar lepasan tahfiz terpilih yang menghafal sekurang-kurangnya 10 juzuk al-Quran dan tidak berpeluang mengikuti pengajian akademik secara formal di sekolah menengah harian kerajaan untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Melalui program ini, pelajar lepasan tahfiz berpeluang menduduki peperiksaan SPM dalam tempoh 10 bulan di USAS.  Hingga kini, USAS Bridging Centre mempunyai sebanyak 89 orang pelajar (69 orang pelajar lelaki dan 20 pelajar perempuan).

Pada majlis yang sama, sebanyak RM288 ribu sumbangan turut diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Peruntukan tersebut akan digunakan untuk menyokong program Back to School YPM Perak dan dikhususkan  kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) di 24 parlimen. Sementara itu, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar pula menerima memperuntukkan sebanyak RM139 850. Peruntukan tersebut akan digunakan untuk Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Pendidikan YPM Daerah Kuala Kangsar. Untuk rekod, jumlah keseluruhan CSR Pendidikan YPM di Perak pada tahun 2021 mencecah RM631 550 dan telah disalurkan kepada 3000 orang pelajar sekolah menengah dan  sekolah rendah.

Pelaksanaan Program Back To School YPM merupakan kerjasama erat antara Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Sejak program ini diperkenalkan sebayak 40 ribu orang pelajar telah menerima manfaatnya.

Pada majlis tersebut juga, YPM turut menerima sumbangan daripada empat syarikat milik usahawan MARA yang terdiri daripada Syarikat Ameen Products Sdn. Bhd. yang menyumbang sebanyak RM6000; Syarikat Minyak Afiat Sdn. Bhd. (RM6000); Qap D Optic Sdn. Bhd. (RM5280); dan Suffy Dairy Sdn. Bhd. (RM3840).

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.