Oleh
Aninah Janang
14 Jun 2021, 17:49
Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangPerdana Menteri paling lama dalam sejarah Israel, Benjamin Netanyahu, 71 tahun, akhirnya terpaksa melepaskan jawatannya selepas kalah tipis dalam undi percaya di parlimen kepada Naftali Bennett, 49 tahun.
Netanyahu yang memegang jawatan Perdana Menteri untuk tempoh 12 tahun, kalah 50-60 kepada Bennett dalam undi percaya yang diadakan pada Ahad lalu. Bennet akan memegang jawatan tersebut untuk tempoh dua tahun, iaitu bermula hari ini hingga tahun 2023. Selepas tempoh itu berakhir, Bennet akan digantikan oleh Yair Lapid, 57 tahun menerusi perjanjian dan gabungan yang telah dipersetujui oleh mereka.