Oleh Syaza Wardina
28 Oktober 2021, 13:31

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada hari ini memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) tahun 2021 akan dikeluarkan pada 3 November 2021 (Rabu) mulai pukul 10.00 pagi.

Menurut KPM, calon boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah berikut:

  1. Secara dalam talian menerusi pautan ini untuk mendapatkan keputusan penuh; atau
  2. Menerusi khismat pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPMU tahun 2021 dengan menaip SPMU<jarak>Nombor Kad Pengenalan<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula pada pukul 10.00 pagi pada 3 November 2021 dan akan ditamatkan pada pukul 6.00 petang pada 9 November 2021.

KPM turut memaklumkan, bagi calon yang tidak mempunyai capaian Internet, calon boleh berhubung dengan pihak jabatan pendidikan negeri masing-masing untuk mendapatkan keputusan peperiksaan SPMU tahun 2021.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.