Syaza Wardina .
Diterbitkan pada 15 Oktober 2022, 16:29

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada hari ini memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2022 akan diumumkan pada Khamis, 20 Oktober 2022.

Menurut KPM, calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU
tahun 2022 melalui kaedah berikut.

  1. Secara dalam talian di pautan myresultspmu.moe.gov.my
    untuk mendapatkan keputusan penuh mulai pukul 10.00 pagi pada 20 Oktober 2022 hingga pukul 6.00 petang pada 26 Oktober 2022; dan/atau
  2. Secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan SPMU tahun 2022 dengan menaip SPMU<jarak>Nombor Kad Pengenalan<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 20 Oktober 2022 hingga pukul 6.00 petang pada 26 Oktober 2022.

KPM sentiasa komited untuk terus melaksanakan yang terbaik.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi