Diterbitkan pada 9 Mei 2024, 16:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini memaklumkan bahawa keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 akan diumumkan pada 27 Mei 2024.

Sebanyak 395,870 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2023 di 3340 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

Menurut KPM, calon sekolah boleh memperoleh keputusan tersebut di sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada tarikh tersebut.

“Manakala bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan tersebut akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar,” tambah KPM menerusi kenyataan media yang dikeluarkan.

Kaedah semakan keputusan peperiksaan SPM 2023:

  • Secara dalam talian: myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan mulai pukul 10.00 pagi pada 27 Mei 2024 hingga pukul 6.00 petang pada 2 Jun 2024.
  • Sistem pesanan ringkas (SMS): Taip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem tersebut akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 27 Mei 2024 hingga pukul 6.00 petang pada 2 Jun 2024.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi