Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangShah Alam – Sebanyak 72,929 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 yang melibatkan sebanyak 491 buah pusat peperiksaan di seluruh negeri Selangor.
Menurut Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, YBrs. Puan Hanisah binti Mohd Ali, daerah Petaling Perdana menunjukkan peratusan calon berdaftar SPM tertinggi di Selangor, iaitu 18.9 peratus atau sebanyak 13,755 orang calon daripada jumlah keseluruhan calon berdaftar.
Tambah beliau,
Sebanyak 8,046 orang petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan. Selain itu, sebanyak 1,062 orang petugas sukarelawan yang terdiri daripada lepasan institusi pengajian tinggi (IPT), pesara kerajaan dan pesara swasta turut dilantik sepanjang peperiksaan tersebut berlangsung.
Calon dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pihak sekolah atau Bilik Operasi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor melalui talian 03-55186114 dengan segera sekiranya tidak dapat hadir di pusat peperiksaan yang telah ditetapkan.
“Sebanyak 365 orang calon berdaftar di SMK Seksyen 7, Shah Alam bagi SPM 2023 danĀ Bahasa Melayu Kertas 1 merupakan kertas betulis pertama pada pagi ini,” ujar Pengetua SMK Seksyen 7, YBrs. Tuan Haji Azahar Nor Arifin Ahmad ketika mengulas tentang suasana peperiksaan bertulis pada pagi ini.
Secara keseluruhannya, sebanyak 395,870 calon mendaftar untuk menduduki SPM 2023 di 3,340 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Semua calon peperiksaan SPM 2023 diingatkan untuk merujuk jadual waktu peperiksaan yang perlu dipatuhi dan jadual tersebut boleh didapati melalui laman sesawang Lembaga Peperiksaan.
Jurufoto: Mohd Farid Janudin