Oleh Rashid Ating
21 Disember 2023, 19:08

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka permohonan untuk pencalonan Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan bersempena dengan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-53 Tahun 2024.

Panduan dan syarat pencalonan bagi Anugerah Tokoh Guru adalah seperti yang berikut:

  1. Calon mestilah warganegara Malaysia dan masih hidup;
  2. Calon mestilah dalam kalangan mereka yang telah dianugerahkan Tokoh Guru Peringkat Negeri;
  3. Calon telah bersara daripada perkhidmatan pendidikan;
  4. Calon pernah berkhidmat sebagai pengetua/guru besar/pensyarah/ guru sekurang-kurangnya 80 peratus daripada tempoh perkhidmatan; dan
  5. Calon yang tidak berjaya sebelum ini boleh dicalonkan semula.

Pencalonan boleh dibuat oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri/Wilayah, Pengarah Bahagaian atau Presiden/Yang Dipertua/Pengerusi Kesatuan dengan melengkapkan Borang Pencalonan (Lampiran B) yang telah disediakan oleh Urus Setia Pencalonan Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2024.

Tarikh tutup pencalonan ialah 17 Januari 2024. Untuk maklumat lanjut, boleh melayari https://bit.ly/TOKOHGURU2024 atau sebarang pertanyan boleh menghubungi:

  • En. Wan Mohd Sidqi Bin Wan Abd Ghafar: 03-88844490
  • En. Shaharudin Bin Said: 03-88841065

Sebelum ini, Datuk Dr. Nuinda Alias telah dinobatkan sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 2023. Beliau telah menerima wang sebanyak RM 50,000.00, loket emas, trofi dan sijil iringan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.