Diterbitkan pada 11 Mei 2024, 17:21

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Nibong Tebal – Karnival Highly Immersive Programme (HIP) merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid, guru dan seluruh warga sekolah.

Demikian menurut Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Fadhlina Sidek ketika menyempurnakan Majlis Peluncuran Karnival HIP Peringkat Negeri Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah, Nibong Tebal, Pulau Pinang semalam.

“Karnival ini menunjukkan komitmen KPM untuk terus berusaha memartabatkan bahasa Malaysia, dan dalam masa yang sama memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris sebagai satu daripada tumpuan utama reformasi pendidikan negara,” katanya.

Hal ini selaras dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris KPM.

Menerusi penganjuran Karnival HIP, peserta didedahkan dengan persekitaran pembelajaran bahasa Inggeris yang kondusif di sekolah, termasuk melalui penyertaan dalam pelbagai aktiviti menarik untuk membolehkan mereka membina kemahiran dan menggunakan bahasa Inggeris dengan yakin.

Sebanyak 150 orang murid dan 38 orang guru dari 19 buah sekolah KPM terlibat dalam pelaksanaan pelbagai aktiviti menarik, seperti permainan tatabahasa, pertandingan ejaan dan persembahan yang disusun mengikut stesen sepanjang hari karnival.

Karnival ini turut melibatkan rakan strategik seperti Financial Industry Collective Outreach (FINCO) dan MAXIS.

Sumber Foto: Facebook Rasmi KPM

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi