Oleh Jennitah Noordin
29 September 2022, 11:58

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Wilayah Persekutuan Labuan – Anjung Budaya, Perbadanan Labuan menjadi tumpuan warga Wilayah Persekutuan Labuan pada pukul 2.00 petang, 25 September 2022 apabila Majlis Penutupan Rasmi Dekad Bahasa Kebangsaan (DBK) dan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) di Wilayah Persekutuan Labuan dilaksanakan.

Penutupan rasmi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Labuan, YBhg. Tuan Haji Rithuan Haji Mohd Ismail, dalam ucapannya menyeru kepada masyarakat setempat agar cakna akan pelaksanaan kempen pemartabatan bahasa kebangsaan dengan memberikan dukungan kepada pelbagai kegiatan yang dilaksanakan. Beliau turut berharap budaya mencintai ilmu melalui budaya membaca juga turut diberikan perhatian dengan cadangan pewujudan sudut bacaan di setiap rumah.

Para pemenang Jelajah Bahasa dan Cabaran TikTok Peribahasa menerima hadiah daripada YBhg. Tuan Haji Rithuan. Johan Cabaran TikTok Peribahasa, Mohammad Aiman Hakim Kamarul, Harith Faneilqa Faisal dan Sufiyan Said menerima hadiah wang tunai RM2000, sijil penyertaan dan cenderamata iringan. Kumpulan SITC pula berjaya muncul sebagai Johan Jelajah Bahasa. Johan menerima wang tunai RM1500, sijil penyertaan dan cenderamata iringan.

Johan Jelajah Bahasa.
Pemenang Cabaran TikTok Peribahasa.

Majlis diserikan dengan persembahan tarian daripada Kumpulan ASWILA. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah I, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, YBrs. Encik Rusdi Awang, mewakili Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.