28 Oktober 2022, 18:10

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Semua pelajar di institut bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diberi cuti pelepasan bermula 17 hingga 21 November 2022 untuk pulang mengundi bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 yang diadakan pada 19 November 2022 kelak.

Menurut KPM, pelajar yang terlibat ialah pelajar di Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi, Kolej Vokasional dan Tingkatan Enam.

Semua kelas atau aktiviti yang melibatkan pelajar dalam tempoh tersebut perlu ditangguhkan ke suatu tarikh lain.”

“Tempoh pelepasan ini bertujuan untuk membolehkan pelajar mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat perjalanan pergi dan balik ke lokasi pusat pengundian masing-masing.

KPM turut memaklumkan bahawa ketetapan ini juga sebagai tanda sokongan KPM bagi pelaksanaan Undi 18 yang telah diwartakan oleh kerajaan pada 1 Disember 2021 dan berkuat kuasa mulai 15 Disember 2021.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.