19 November 2022, 14:24

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Hari mengundi bersempena dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 yang ditetapkan pada hari ini, 19 November 2022 menyaksikan 50 peratus pengundi telah keluar mengundi sehingga pukul 1.00 tengah hari ini. Peratusan tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui laman webnya.

Menurut Daftar Pemilih yang dikemas kini SPR hingga 9 Oktober 2022, sebanyak 21 173 638 orang pemilih yang layak mengundi pada PRU-15. Mereka terdiri daripada 20 905 366 pengundi biasa, 146 737 anggota tentera serta pasangan, 118 794 anggota polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA), dan 2741 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.