Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangPutrajaya – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memutuskan untuk menggantung pengundian di 11 pusat mengundi di Bahagian Pilihan Raya P.220 Baram.
Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, keputusan tersebut diambil berikutan keadaan cuaca yang tidak baik serta menyebabkan petugas tidak dapat sampai ke tempat bertugas sama ada melalui jalan udara, darat mahupun air.
“Tarikh baharu pengundian bagi pusat mengundi dan tempat mengundi (saluran) akan dimaklumkan kelak setelah keadaan selamat untuk petugas dan pengundi sampai ke pusat mengundi bagi menjalankan pengundian,“ jelas Tan Sri Abdul Ghani.
Yang berikut merupakan senarai pusat mengundi dan tempat mengundi (saluran) yang terlibat.
BIL. | PUSAT MENGUNDI | TEMPAT MENGUNDI
(SALURAN) |
1. | Sekolah Kebangsaan Long Naah | Saluran 1 dan 2 |
2. | Sekolah Kebangsaan Long Luteng | Saluran 2 |
3. | RH TK Matthew Lalo Kpg. Lepo Gah | Saluran 1 dan 2 |
4. | Sekolah Kebangsaan Long Sait | Saluran 2 |
5. | Sekolah Kebangsaan Long Tungan | Saluran 1 dan 2 |
6. | Sekolah Kebangsaan Long Moh | Saluran 1 dan 2 |
7. | Sekolah Kebangsaan Long Mekabar | Saluran 1 |
8. | Sekolah Kebangsaan Long Jekitan | Saluran 1 dan 2 |
9. | Sekolah Kebangsaan Long Lamei | Saluran 2 |
10. | Sekolah Kebangsaan Lio Mato | Saluran 1 dan 2 |
11. | Sekolah Kebangsaan Long Banga | Saluran 1 dan 2 |