19 November 2022, 17:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Bera – Dengan berbaki tiga jam lagi sebelum waktu pembuangan undi ditutup di P.090 Bera, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan peratusan keluar mengundi di kawasan parlimen tersebut adalah hampir 70 peratus setakat pukul 3.00 petang.

Keadaan trafik lancar di kawasan tempat pembuangan undi sepanjang tinjauan dibuat.

Tinjauan Dewan Masyarakat mendapati peratusan keluar mengundi tersebut turut dipengaruhi oleh faktor cuaca yang baik di sekitar Parlimen Bera hingga menjelang waktu akhir pembuangan undi. Selain tu, keadaan pusat mengundi di sekitar Parlimen Bera juga berjalan dengan lancar, termasuk keadaan trafik di kawasan sekitar tempat pembuangan undi.

Pada Pilihan Raya Ke-15 (PRU-15), P.090 Bera mencatat pemilih berdaftar berjumlah 77 669 orang. Di kawasan tersebut menyaksikan pertembungan tiga penjuru calon, iaitu Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (Barisan Nasional), Dato’ Asmawi (Perikatan Nasional) dan Haji Abas Awang (Pakatan Harapan).

Jumlah pengundi mengikut jantina dan umur di P.090 Bera.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.