Diterbitkan pada 10 Januari 2023, 18:37

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Sebanyak 4634 pelajar bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2022 yang dilaksanakan bermula pada 16 Januari 2023.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa peperiksaan STAM pada kali ini melibatkan sebanyak 134 buah pusat peperiksaan di seluruh negara bagi tarikh peperiksaan pada 16 Januari hingga 19 Januari, 30 dan 31 Januari 2023, dan 2 Februari 2023.

Bagi memastikan kelancaran sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung, KPM menasihatkan semua calon agar membuat semakan jadual waktu peperiksaan yang disediakan.

Calon turut diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.”

“Calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan STAM tahun 2022.

Mengulas lanjut, calon boleh mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan, serta arahan peperiksaan menerusi laman sesawang Lembaga Peperiksaan.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi