16 Januari 2023, 21:29

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
YB Fadhlina Sidek sedang berbincang mengenai pembangunan sekolah di negeri Johor.

Johor Bahru – Lawatan kerja YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan ke Johor Bahru diteruskan di Sekolah Kebangsaan (P) Bandar Tinggi yang usianya telah mencecah 100 tahun.

Menurut YB Fadhlina Sidek, bangunan dua tingkat sekolah yang dibina daripada papan tersebut amat memerlukan perhatian yang serius dalam usaha menaik taraf dan memelihara bangunan sekolah.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM500 ribu untuk kerja pembaikan demi menjamin kemaslahatan dan keselamatan warga sekolah.

Senarai sekolah daif akan diperincikan oleh KPM supaya kerja penyelenggaraan dapat dimasukkan dalam belanjawan yang akan dibentangkan pada bulan hadapan.

“Sudah tentu sekolah daif ini menjadi keutamaan kementerian dan kita akan cuba memohon peruntukkan lebih tinggi.

Demikianlah jelas YB Fadhlina Sidek semasa mengulas tentang terdapat sebanyak 300 sekolah daif yang telah dikenal pasti di seluruh negara, termasuklah di Sabah dan Sarawak. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 12 buah sekolah daif terletak di Johor.

Selain itu, kementerian turut menumpukan isu kebajikan guru dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dalam Belanjawan 2023.

YB Fadhlina Sidek ketika sesi lawatan ke Sekolah Pendidikan Khas Cerebral Palsy Johor dengan diiringi oleh YB Tunku Fatimah Faridah Tunku Tan Sri Osman, Pengerusi Persatuan Cerebral Palsy Johor.

Sebelum itu, lawatan diadakan di Sekolah Pendidikan Khas Cerebral Palsy Johor diiringi oleh YB Tunku Fatimah Faridah Tunku Tan Sri Osman, Pengerusi Persatuan Cerebral Palsy Johor.

Turut hadir dalam lawatan kerja tersebut ialah YBhg. Datuk Yusran Shah Mohd Yusuf, Ketua Setiausaha KPM, YBhg. Dato’ Pkharuddin Haji Ghazali, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Puan Hajah Salmah Jopri, Ketua Jabatan Bahagian Pendidikan Khas dan Encik Md Said Daimon, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Negeri Johor.

YB Puan Fadhlina Sidek (tengah) bersama-sama pihak pengurusan sekolah negeri Johor.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.