Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek berkesempatan meluangkan masa meninjau Pengumuman Rasmi Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2022 Peringkat Wilayah Persekutuan di Dewan al-Qaradhawi, Sekolah Menengah Agama (SMA) Majlis Agama Islam Wilayah (MAIWP) pada pagi tadi.
Yang menariknya, anak beliau, Thurayya Fadhilah Mohd Fadzli juga turut bersekolah di situ serta mendapat keputusan SPM yang cemerlang, iaitu 9A dan 2B+. YB Fadhlina Sidek yang anggun berbaju kurung merah bersama-sama dengan suaminya, Mohd Fadzli dilihat duduk bersama-sama dengan para ibu bapa pelajar sekolah tersebut.

Keputusan SPM 2022 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan Gred Purata Negeri (GPN) sebanyak 4.75, iaitu lebih baik berbanding dengan SPM 2021 dengan GPN sebanyak 0.06.


Sebanyak 17 calon daripada keseluruhan pelajar yang menduduki SPM di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 2022 berjaya memperoleh keputusan cemerlang tinggi Gred A+ bagi semua mata pelajaran. Kejayaan tersebut merupakan peningkatan peratusan sebanyak 0.11 peratus.
YB Fadhlina turut beramah mesra dan menyantuni para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam majlis pengumuman tersebut.