Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKuala Lumpur – Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah diramalkan hujan dan ribut petir di beberapa kawasan tempat mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 esok.
Berdasarkan kajian ramalan yang dilakukan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), keempat-empat negeri tersebut akan berlaku ribut petir dan hujan, khususnya di kawasan pedalaman dan pantai pada keesokan hari dari pagi hingga petang.
Walau bagaimanapun, cuaca bagi keempat-empat negeri itu dijangka tiada hujan pada waktu malam.
Menurut portal rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), statistik pemilih biasa pada empat negeri berkenaan adalah sebanyak 7 350 029 pengundi.
MetMalaysia turut melaporkan ramalan cuaca di Terengganu adalah mendung pada sebelah pagi, manakala Kelantan dijangka tiada hujan.
Namun begitu, kedua-dua negeri tersebut mengalami ribut petir di beberapa tempat pada sebelah petang dan malam.
Ramalan suhu sepanjang hari bagi kesemua negeri PRN-15 adalah sekitar 23 hingga 34 darjah Celsius.