30 Ogos 2023, 16:03

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Persatuan Pereka Bumiputera Malaysia melancarkan My Gaya Month dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Sara Hidup di Farenheit88, Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur – My Gaya Month 2023 yang dilancarkan oleh Persatuan Pereka Bumiputera Malaysia dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Sara Hidup (KPDN) sebagai inisiatif memartabatkan produk tempatan Malaysia.

Kempen yang dijalankan bersempena dengan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) juga dilihat sebagai satu daripada usaha dalam mempromosikan produk tempatan yang berlangsung selama sebulan.

Datuk Azman Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Sara Hidup (KPDN).

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Mohd Yusof dalam sidang media pelancaran berkata,

Kita akan memperkenalkan produk fesyen tempatan kerana saya yakin produk buatan Malaysia mempunyai kualiti tersendiri.

Saya percaya produk barangan Malaysia mampu memperlihatkan seni budaya masyarakat kita melalui fesyen kerana produk buatan tempatan mempunyai kualiti tersendiri.

Beliau mengharapkan agar produk buatan Malaysia dapat dihargai dan dikenali oleh negara luar sehingga mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Penganjuran pada kali ini menampilkan sebanyak 31 orang pereka dan menunjukkan peningkatan berbanding anjuran tahun lepas yang hanya menampilkan 20 orang pereka bumiputera tempatan Malaysia.

My Gaya Month 2023 akan melabuhkan tirainya dengan sebuah acara pertunjukan fesyen yang akan diadakan di Farenheit88 pada 10 September 2023 dan akan disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.