Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangSimpang Empat – DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyantuni golongan asnaf dalam kalangan anak kariah masjid dengan menyampaikan agihan zakat MAIPs, sekampit beras fidyah dan sekotak bahan makanan mentah di Kampung Pauh Sanglang, Simpang Empat.
Tiada seorang pun yang boleh tercicir daripada mendapat dan menikmati faedah daripada pembangunan negara.
Semua rakyat harus saling bekerjasama mendukung dan merealisasikan wawasan negara.
DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyempurnakan Program MAIPs Peduli Bilangan ke-55 bagi tahun 2023 yang diadakan di pekarangan Masjid Al-Maghfirah, Kepala Batas Pauh Sanglang, hari ini.
Titah baginda lagi,
Setiap daripada kita wajib untuk memainkan peranan dengan mengambil inisatif yang kreatif bagi merebut segala peluang yang wujud hasil daripada pelaksanaan pelbagai dasar pembangunan.
Untuk rekod, sebanyak RM2100 sumbangan yang disalurkan secara tunai oleh MAIPs pada kali ini.