Diterbitkan pada 3 Januari 2024, 09:16

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa murid tanpa dokumen kewarganegaraan boleh meneruskan persekolahan seperti biasa.

Satu sesi pertemuan bersama-sama dengan keluarga murid terlibat telah diadakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) pada Khamis, 28 Disember 2023.

Pertemuan yang berlangsung tersebut telah mencapai hasil positif dalam suasana harmoni.

Menurut KPM, JPNS komited untuk membantu dari aspek pengurusan pendaftaran murid di sekolah.

Agenda pendidikan manusiawi adalah untuk memastikan tiada murid yang tercicir.

Tambah KPM dalam kenyataan media pada pagi ini, beberapa cadangan penyelesaian telah dikemukakan berkaitan dengan keperluan dokumentasi kewarganegaraan murid terbabit.

Ujar KPM lagi,

KPM sentiasa berusaha meningkatkan akses pendidikan berkualiti untuk semua murid warganegara.

Jurufoto: Khairul Azhar

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi