Diterbitkan pada 17 Januari 2024, 22:06

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Pagoh – Sebuah program, iaitu “UNICHEF Students Fiesta” bertujuan untuk mewujudkan platform bagi  pelajar mengembangkan aktiviti perniagaan mereka di institusi pengajian tinggi masing-masing. Selain itu, program ini juga dilihat mampu meningkatkan rangkaian usahawan para pelajar serta memupuk ekosistem sokongan yang menggalakkan pertukaran idea dan pengalaman dalam bidang keusahawanan.

“UNICHEF Students Fiesta, Where Every Bites Has Its Story Tales” berlangsung selama dua hari ini dibahagikan kepada beberapa kategori yang terdiri daripada kategori makanan tradisional, kategori makanan Barat dan kategori jualan aksesori dan pakaian.

Penyampaian hadiah oleh Encik Mohd Ton, Penasihat Biro Keusahawanan MRC.

Program tersebut berakhir dengan majlis penutupan yang dihadiri oleh Penasihat Biro Keusahawanan MRC, Encik Mohd Ton, Presiden MRC, Ainul Harith Zakaria dan para alumni UIAM Pagoh. Timbalan pengurus program iaitu Saudara Iqbal Azuki turut menyampaikan ucapan dengan slogan “Jangan kita lupakan rakyat Palestin yang menderita tanpa makanan sedangkan kita masih kaya dengan makanan”.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi