19 Januari 2024, 15:49

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek ketika berucap tentang reformasi pendidikan yang berlangsung di Auditorium Kompleks E, Putrajaya, hari ini.

Putrajaya – Kunci untuk memastikan masa depan generasi mendatang menjadi lebih cerah melalui pendidikan yang berkualiti ialah empati, kesabaran dan keterlibatan positif dalam proses perubahan.

Dalam ucapan Majlis Amanat Tahun Baharu 2024, Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited melaksanakan reformasi pendidikan yang komprehensif yang meliputi semua aspek, termasuklah kebajikan dan kesejahteraan pelajar dan guru.

Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek menekankan reformasi pendidikan melalui pendekatan pendidikan manusiawi.

Pendidikan manusiawi merupakan satu konsep kemanusiaan yang dipraktikkan secara menyeluruh bagi memastikan akses pendidikan berkualiti untuk semua dan tiada siapa yang terpinggir.

Beliau memaklumkan bahawa amalan pendidikan manusiawi adalah sejajar dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM) bagi mentransformasikan sistem pendidikan negara secara dinamik dan ekosistem sekolah yang lebih selamat, sihat dan sejahtera.

Selain itu, inisiatif seperti Bantuan Awal Persekolahan (BAP), Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Bantuan Makanan Prasekolah (BMP), Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa), pembangunan sekolah daif, penyelenggaraan tandas, langkah mengurangkan beban tugas guru, hentikan buli dan gangguan seksual,  serta inisiatif minggu pertama persekolahan turut diberikan tumpuan serius.

Sementara itu, beliau turut menerangkan tentang pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital (DPD).

KPM percaya pendekatan DPD ini mampu melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing dalam memenuhi keperluan era digital serta mengintegrasikan teknologi digital dalam ekosistem pendidikan.

Pada masa yang sama, YB Fadhlina Sidek turut memaklumkan bahawa KPM sentiasa proaktif dalam mengadakan sesi libat urus daripada pelbagai peringkat pihak yang berkepentingan dalam pendidikan.

Jurufoto: Mohamad Adib Zulkifli

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.