19 Januari 2024, 20:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pagoh – Sebuah simposium yang melibatkan pembentangan pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah dilaksanakan dengan jayanya di Kemudahan Gunasama, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh.

Pembentangan tersebut merupakan projek pelajar yang melibatkan diri dengan komuniti setempat, di samping membantu isu yang timbul dalam komuniti tersebut.

Terdapat 17 projek pelibatan komuniti berjaya dibentangkan di hadapan lima orang juri profesional yang terdiri daripada pemain industri dan warga institusi pendidikan tinggi Malaysia, yakni satu daripadanya ialah SEJAJAR.

SEJAJAR merupakan akronim bagi tiga perkataan, iaitu semai, jaga dan jaringan. Secara umumnya, SEJAJAR ialah projek yang melibatkan penanaman sayur-sayuran, penjagaan alam sekitar dan kerjasama para pelajar dengan penaja dan organisasi yang berpotensi untuk menjayakan projek ini.

Hasil pendapatan daripada jualan sayur-sayuran dan kraf tangan kitar semula tersebut akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan sekitar Hab Pendidikan Tinggi Pagoh seperti Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Politeknik Tun Syed Nasir, Pagoh dan UIAM Pagoh sendiri.

Simposium berakhir dengan pemberian anugerah kepada para pembentang projek dan SEJAJAR telah berjaya merangkul tiga anugerah daripadanya. Anugerah tersebut ialah Silver Award, Most Collaborative Award dan Most Integrated Award. Kejayaan tersebut merupakan hasil usaha dan semangat yang tidak pernah padam para pelajar yang mengambil subjek Usrah in Action, SCSH 2163 Seksyen 512. Mereka telah menunjukkan minat yang mendalam bagi membantu golongan yang disasarkan melalui projek ini.

Maka demikian, simposium seperti ini harus diangkat dan diteruskan oleh semua pihak berikutan program ini dilihat dapat menanamkan kesungguhan golongan belia untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberikan manfaat kepada masyarakat sekeliling.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.