Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangJurufoto: Khairul Azhar Baharuddin
Kuala Lumpur – Bersempena dengan penganjuran Pesta Buku Antrabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024, Bahagian Promosi dan Pengiktirafan (BPI), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan Siri Bicara Digital: Audio Siar dan Bacaan Digital pada hari ini. Siri bual bicara ini mengkhususkan program kerjasama antara DBP dengan rakan sinergi berteraskan alih wahana bahan sastera kepada produk digital.
Siri Bicara Digital: Audio Siar dan Bacaan Digital yang diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pada hari ini menampilkan moderator, Encik Mohd Hafizi Ahmad, Ketua Unit Swasta daripada BPI, dan barisan panel, iaitu Encik Izzat Hakimi Tajul As’ari, Ketua Unit Audio Siar, SYOK, Astro Audio dan Puan Lina Adibah Rosli, Pengurus Projek CEREKA.
Menurut Encik Izzat Hakimi Tajul As’ari,
Kerjasama antara SYOK dengan DBP memberi variasi kandungan dalam penerbitan audio siar dan khalayak pengguna SYOK dapat menikmati kandungan bermutu dari segi bahasa dan sastera melalui kerjasama ini.
“Menurut rekod, DBP telah bekerjasama dengan SYOK untuk penerbitan audio siar Belang Harimau Besi (2020), Gambaran Syurga (2022) dan drama audio Malam Pengantin (2023).
Menurut Puan Lina Adibah Rosli pula,
Kerjasama antara CEREKA dan DBP membuka ruang kepada masyarakat terutama golongan muda dalam penghasilan karya kreatif melalui pertandingan yang diadakan dan diterbitkan melalui aplikasi yang dibangunkan oleh pihak CEREKA”.
Pertandingan anjuran CEREKA DAN DBP telah diadakan sejak 2023 melalui kategori cerpen dan cerpen mini dan mendapat sambutan yang cukup baik.
Turut hadir dalam sesi bicara ini ialah Ketua Pengarah DBP, YBrs. Dr. Hazami Jahari dan Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Puan Roziah Md Yunus.