31 Mei 2024, 16:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Jurufoto: Mohd Farid Janudin

KPM mengumumkan baucar buku boleh mula ditebus oleh pelajar melalui aplikasi DELIMa, hari ini.

Putrajaya – Pemberian baucar buku yang melibatkan pelajar institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mula disalurkan hari ini menerusi aplikasi DELIMa.

Menurut KPM, inisiatif pemberian itu mencerminkan keperihatinan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim terhadap kepentingan menyemai minat membaca dalam kalangan generasi muda.

Pemberian baucar buku RM50 kepada pelajar Tahun 4 hingga Tahun 6, manakala RM100 kepada pelajar sekolah menengah, penuntut di institusi pendidikan tinggi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Tambah KPM,

Pemberian baucar buku seperti diumumkan YAB Perdana Menteri merupakan langkah ke hadapan yang menjadi pencetus kepada melahirkan generasi berilmu, pewaris masa hadapan Malaysia MADANI.

Susulan daripada pengumuman pemberian baucar buku oleh YAB Perdana Menteri, KPM memaklumkan kaedah penebusan itu perlu menggunakan ID atau kata laluan DELIMa.

Kongsi KPM,

Log masuk aplikasi DELIMa dan klik pada ikon Kota Buku Digital.

“Murid perlu daftar akaun di Kota Buku Digital dan kredit akan dipapar di akaun masing-masing.

“Seterusnya, pilih judul yang disukai daripada kepelbagaian judul yang ada, seperti judul cadangan MADANI.

“Setelah selesai memilih, pelajar boleh daftar keluar dan memilih pilihan bayaran kredit e-kedai.

“Proses selesai dan buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan.

Menerusi kenyataan media pada petang ini, KPM berkata, usaha berterusan akan ditingkatkan khususnya pemerkasaan budaya membaca dalam kalangan pelajar menerusi penganjuran pelbagai program galakan pada setiap peringkat.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.