4 Jun 2024, 09:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Timbalan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengambil kesempatan untuk melawat reruai DBP selepas merasmikan Sambutan Hubungan Diplomatik Malaysia-China Ke-50 tahun di Hotel China World Beijing.

Beijing – Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir merasmikan Majlis Makan Malam Gala bersempena dengan Sambutan Hubungan Diplomatik Malaysia-China Ke-50 tahun yang berlangsung di Hotel China World Beijing, baru-baru ini.

Dalam ucapan Timbalan Perdana Menteri Malaysia berkata,

Hubungan negara Malaysia dan China menyoroti sejarah hubungan yang sangat hebat yang dikongsi oleh kedua-dua negara dalam tempoh setengah dekad ini.

Tambah beliau,

Hubungan ini perlu sentiasa disuburkan dan ditingkatkan lagi oleh kedua-dua pihak dan berkekekalan ke generasi seterusnya.

Sementara itu, dua orang tokoh personaliti terkenal dari Malaysia, iaitu Tan Sri Michelle Yeoh dan Datuk Jimmy Khoo turut memberikan ucapan penghargaan kepada tetamu yang hadir menerusi rakaman video, selain mengharapkan agar hubungan baik antara kedua-dua negara berkekalan dan terus maju jaya.

Pegawai DBP bergambar bersama-sama pegawai Education Malaysia Beijing di reruai DBP.

Menerusi Kedutaan Malaysia di Beijing, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Education Malaysia Beijing, Kementerian Pendidikan Tinggi bekerjasama menyertai pameran dengan mempamerkan buku dan majalah berkaitan dengan bidang bahasa, kamus, sejarah, falsafah, kebudayaan dan kesenian yang berkaitan dengan hubungan diplomatik dengan negara China.

Majlis diserikan dengan persembahan kebudayaan dan kesenian dari Artistana Istana Budaya Malaysia menerusi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta agensi Tourism Malaysia yang mempersembahkan tarian kebudayaan pelbagai etnik di Malaysia, lagu asli, joget serta lagu Malaysia Truly Asia.

Selain itu, pasukan pelajar dari Institut Teknologi Beijing pula mempersembahkan persembahan muzikal dengan memukul gendang 24 musim yang dikenali ‘er shi si jie ling gu” bagi meraikan ulang tahun tersebut.

Turut hadir sama dalam majlis ini ialah Datuk Muhamad Alamin, Timbalan Menteri Luar, Datuk Norman Muhamad, Duta Besar Malaysia dan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Mengulas lanjut, majlis itu merupakan anjuran Kedutaan Malaysia di Republik Rakyat China dengan kerjasama Pejabat Konsulat Jeneral Hong Kong, Pejabat Konsulat Jeneral Guangzhou, Pejabat Konsulat Jeneral Shanghai, Pejabat Konsulat Jeneral Kunming, Pejabat Konsulat Jeneral Nanning dan Pejabat Konsulat Jeneral Xi’an.

Untuk rekod, Malaysia dan China telah menjalinkan hubungan diplomatik secara rasmi pada 31 Mei 1974, apabila Perdana Menteri Malaysia pada masa itu Tun Abdul Razak Hussein dengan H.E. Zhou Enlai. Perdana Menteri di Republik Rakyat China memeterai perjanjian diplomatik.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.