6 Jun 2024, 20:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan progresif bagi menyelesaikan isu berbangkit berkaitan dengan pelaksanaan program Dual Language Programme (DLP).

Menurut Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, KPM akan memastikan inisiatif dilaksanakan mengikut Surat Pekeliling KPM Bilangan 5 Tahun 2024: Garis Panduan Pelaksanaan DLP Tahun 2024 bertarikh 19 Mac 2024, seperti yang ditetapkan.

DLP ialah program di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang memberikan pilihan kepada sekolah untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran Sains dan Matematik.

Program ini bertujuan untuk membantu murid meningkatkan penguasaan berbahasa Inggeris dengan memberikan pendedahan masa yang lebih melalui PdP mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah.

Demikian kata Menteri Pendidikan dalam satu kenyataan pada petang ini, susulan isu bantahan pelaksanaan DLP di beberapa buah sekolah di Pulau Pinang, baru-baru ini.

KPM berkata,

Sekolah yang melaksanakan program DLP perlu memastikan peluang turut disediakan kepada murid yang memohon untuk mengikuti mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Kebangsaan atau bahasa ibunda masing-masing.

KPM menegaskan pihak sekolah perlu memastikan sekurang-kurangnya satu kelas di setiap tahun atau tingkatan menggunakan bahasa Kebangsaan atau bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dalam sesi PdP.

Tegas KPM,

DLP akan bermula dengan Tahun 1 dan Tingkatan 1 untuk sesi persekolahan baharu mulai tahun 2024/2025.

Bagi menangani isu bantahan yang dibuat oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di beberapa buah sekolah di Pulau Pinang, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang telah mengambil langkah proaktif dengan memulakan sesi libat urus dengan semua pihak terlibat.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.