Diterbitkan pada 24 Jun 2024, 14:19

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang dalam usaha
menghasilkan pelan pembangunan pendidikan baharu bagi mengantikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang hampir sampai ke penghujung.

Selaras dengan konsep whole of society approach, KPM mengalu-alukan cadangan daripada pelbagai pihak dalam bentuk memorandum atau kertas cadangan untuk membantu Kementerian menghasilkan pelan pendidikan masa depan yang komprehensif dan holistik.

Bagi tujuan ini KPM telah membangunkan Portal Cadangan Masa Depan Pendidikan Malaysia 2026-2036 yang menjadi wadah untuk memudahkan pengumpulan maklumat, cadangan dan idea daripada seluruh masyarakat berkaitan degnan hala tuju pendidikan negara.

Portal Cadangan Masa Depan Pendidikan Malaysia 2026-2036 boleh diakses melalui pautan https://www.moe.gov.my/pelanpendidikan2026/public. Seluruh
masyarakat dijemput untuk menyumbang cadangan bermula pada
14 Mei 2024 hingga 31 Disember 2024.

KPM terus komited menjayakan agenda reformasi pendidikan demi manfaat
generasi masa depan negara.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi