Diterbitkan pada 12 Julai 2026, 12:31

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Shah Alam – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor akan mengambil tindakan tegas dan sama sekali tidak akan berkompromi berhubung insiden salah laku murid di sebuah sekolah di Rawang yang videonya tular, baru-baru ini.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini,  pihak JPN Selangor memandang serius perkara tersebut dan memaklumkan bahawa kes berkenaan kini sedang berada di bawah pemerhatian pihak berkuasa.

Sehubungan dengan itu, jabatan berkenaan komited dalam memberikan kerjasama penuh terhadap proses siasatan yang sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa.

“JPN Selangor tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan murid,” jelas kenyataan rasmi tersebut.

Pihak jabatan turut memberi jaminan yang tegas bahawa tiada mana-mana pihak akan dilindungi dalam insiden berkenaan.

“Sesiapa sahaja yang didapati bersalah akan berdepan dengan tindakan tegas yang selaras dengan peraturan sedia ada,” tambah kenyataan rasmi tersebut.

Pada masa yang sama, orang ramai turut dinasihatkan supaya sentiasa menghormati proses siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa agar tidak mengganggu kelancaran kes tersebut.

Sebagai rekod, rakaman video yang tular telah memaparkan seorang pelajar membuli dan membelasah pelajar lelaki lain sambil disaksikan dan dirakamkan oleh sekumpulan pelajar lain yang menyaksikan kejadian tersebut di sebuah sekolah di Rawang.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi