Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Pelancaran Perasmian Pelancongan Zhounzhuang, China di Malaysia yang berlangsung di InterContinental Hotel Kuala Lumpur Isnin lalu.
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Timbalan Presiden World Research Travel Organization (WRTO) Malaysia, YBhg. Datuk Rashidi Hasbullah, Pengurus Besar Kumpulan Pelancongan Zhouzhuang China, Ye Xin, dan Pengarah Urusan BMC Travel, Billy Leong.

Zhouzhuang merupakan antara destinasi pelancongan warisan paling terkenal di China dan telah diiktiraf sebagai ‘China’s National 5A Tourism Destination’, iaitu penarafan tertinggi yang dianugerahkan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China kepada destinasi pelancongan yang memenuhi piawaian paling cemerlang dari aspek nilai warisan, kualiti perkhidmatan, kemudahan pelancongan, pengurusan serta pemeliharaan alam sekitar.
Majlis tersebut diadakan sebagai platform memperkukuh hubungan pelancongan, kebudayaan dan ekonomi antara Malaysia-China, agar dapat membuka lebih banyak peluang kerjasama dalam industri pelancongan dua hala.
Dalam majlis berkenaan, Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyempurnakan simbolik pelancaran perasmian Zhounzhuang di Malaysia sebagai tanda bermulanya promosi destinasi pelancongan berprestij itu kepada pasaran negara ini.
Baginda seterusnya berkenan menyaksikan majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara World Research Travel Organization (WRTO) Malaysia, BMC Travel dan Zhouzhuang Tourism Group.

Kerjasama strategik tersebut dijangka memperkukuh usaha mempromosikan pertukaran pelancong, pembangunan produk pelancongan, serta jaringan industri antara kedua-dua negara.
Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen semua pihak dalam memperkukuh hubungan persahabatan Malaysia–China melalui sektor pelancongan, selain menyokong pertumbuhan industri pelancongan yang mampan dan memberi manfaat kepada ekonomi serta masyarakat kedua-dua negara.