Diterbitkan pada 8 Jun 2023, 14:53

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
Menteri Pendidikan YB Fadhlina Sidek mengalirkan air mata bersama-sama dengan anaknya, Thurayya Fadhilah Mohd Fadzli yang meraih keputusan cemerlang SPM.

Kuala Lumpur – Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek berkesempatan meluangkan masa meninjau Pengumuman Rasmi Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2022 Peringkat Wilayah Persekutuan di Dewan al-Qaradhawi, Sekolah Menengah Agama (SMA) Majlis Agama Islam Wilayah (MAIWP) pada pagi tadi.

Yang menariknya, anak beliau, Thurayya Fadhilah Mohd Fadzli juga turut bersekolah di situ serta mendapat keputusan SPM yang cemerlang, iaitu 9A dan 2B+. YB Fadhlina Sidek yang anggun berbaju kurung merah bersama-sama dengan suaminya, Mohd Fadzli dilihat duduk bersama-sama dengan para ibu bapa pelajar sekolah tersebut.

Menteri Pendidikan YB Fadhlina Sidek (lima dari kiri, berbaju merah dan bertudung merah jambu) dan suaminya, Mohd Fadzli (empat dari kiri, berbaju biru) duduk bersama-sama dengan para ibu bapa.

Keputusan SPM 2022 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan Gred Purata Negeri (GPN) sebanyak 4.75, iaitu lebih baik berbanding dengan SPM 2021 dengan GPN sebanyak 0.06.

Menteri Pendidikan YB Fadhlina Sidek bersama-sama dengan para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang SPM 2022.

Sebanyak 17 calon daripada keseluruhan pelajar yang menduduki SPM di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 2022 berjaya memperoleh keputusan cemerlang tinggi Gred A+ bagi semua mata pelajaran. Kejayaan tersebut merupakan peningkatan peratusan sebanyak 0.11 peratus.

YB Fadhlina turut beramah mesra dan menyantuni para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam majlis pengumuman tersebut.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi