Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangDemokrasi Berperlembagaan merupakan sistem pemerintahan yang diwarisi oleh Singapura sejak British mula menjajah Kota Singa itu pada tahun 1824. Parlimen Singapura yang berusia 59 tahun lapan bulan itu dibubarkan pada 15 April 2025 lalu oleh Presiden Singapura atas nasihat Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong. Pembubaran diisytiharkan bagi memberikan laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-19 (GE2025) Singapura yang berlangsung pada 3 Mei 2025 lalu. Susulan daripada pembubaran Parlimen, kesemua 97 kerusi parlimen dipertandingkan semula dalam GE 2025.
Mengimbas kembali GE pertama pada tahun 1948, GE 2025 melibatkan sebanyak 33 kawasan undi. Laporan rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Singapura menjelaskan bahawa setiap calon mewakili 28,510 orang pengundi. Sebanyak 10 kawasan undi yang besar juga digariskan sebagai tempat bertanding dengan lima orang calon manakala lapan kawasan undi telah digariskan sebagai tempat bertanding empat calon. Selain daripada itu, sebanyak 15 kawasan undi ditetapkan sebagai tempat bertanding dengan seorang calon.
Terdapat 11 parti politik yang bertanding dalam GE 2025 termasuklah dua orang calon bebas pada kali ini. Sebanyak lima parti politik mendaftarkan sekurang-kurangnya 13 orang calon. Kelima-lima parti ini telah diundang ke dalam perbincangan meja bulat yang dikendalikan oleh Channel NewsAsia di bawah siri “Singapore Votes 2025” pada 27 April 2025. Kelima-lima parti yang terlibat dalam siaran langsung di televisyen adalah seperti berikut:
Senarai Ahli Politik dalam Perbincangan Meja Bulat dalam Siaran Televisyen di Singapura
Pada 3 Mei 2025 lalu, rakyat Singapura membuang undi di seluruh Kota Singa melalui 1,240 pusat pembuangan undi. Secara keseluruhannya, proses pembuangan undi berjalan dengan lancar tanpa sebarang tindakan yang cuba mengancam proses demokrasi di Singapura.
Keputusan GE 2025 Singapura amat memberangsangkan bagi pihak PAP kerana mandat pemerintahan pada kali ini telah dikembalikan oleh rakyat. PAP berjaya memenangi sebanyak 87 kerusi daripada 97 kerusi di Parlimen.
Keputusan pengundian menunjukkan bahawa parti pemerintah, iaitu PAP terbukti mempunyai hubungan erat dengan rakyat kerana berjaya meraih sebanyak 73.46 peratus undi. Secara keseluruhannya, PAP telah berjaya memperoleh sebanyak 65.57 peratus undi mengalahkan semua parti yang lain di hampir seluruh kawasan Seperkara lagi, pasukan lima calon PAP di kawasan undi Marine Parade-Braddell Heights telah menang tanpa bertanding.
Kemenangan PAP pada kali ini penting kerana Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong telah mencalonkan banyak ahli parti baharu yang belum pernah memegang jawatan penting. Pada masa yang sama, ahli PAP yang dikenali dan pernah menerajui tampuk pemerintahan pada peringkat kementerian turut bertanding termasuklah nama-nama berikut:
Ahli PAP yang Menang dalam GE 2025 Singapura
Namun begitu, beberapa orang ahli PAP telah tewas di tiga buah kawasan, iaitu di Aljunied, Hougang dan Sengkang. Berikut merupakan keputusan ketiga-tiga kawasan yang memberikan kuasa pentadbiran kepada Parti Pekerja dalam GE Singapura ke-19:
Ahli Parti Pekerja yang Menang dalam GE 2025 Singapura
Sejak tahun 1984, sistem Parlimen Singapura membolehkan dua orang calon daripada pihak pembangkang dilantik sebagai ahli Parlimen tanpa perwakilan. Hal ini demikian kerana, sekiranya dua orang calon pembangkang yang tewas tetapi pada amsa yang sama memperoleh jumlah undi yang terbesar dalam kalangan calon tewas boleh dilantik ke Parlimen.
Berdasarkan pungutan undi, calon Workers’ Party (WP) di kawasan undi Jalan Kayu, iaitu Andre Low hanya kekurangan sejumlah 806 undi dan seorang lagi daripada pasukan empat calon di Tampines kekurangan sebanyak 6379 undi dipelawa untuk memegang jawatan tersebut. Parti Pekerja terpaksa membuat pilihan dalam kalangan calon di Tampines yang melibatkan Faisal Manap, Michael Thng, Dr. Ong Lue Ping, Eileen Chong dan Jimmy Tan.
Dengan mandat yang utuh, Lawrence Wong selaku Perdana Menteri Singapura dilihat meneruskan mandat dalam pentadbiran negara tersebut tanpa sebarang halangan. Penggal Parlimen Singapura ke-15 ini hanya diwakili oleh dua parti, iaitu PAP dan Parti Pekerja. Berpandukan keputusan tersebut, Singapura dijangka akan terus maju dalam mengharungi pergolakan geopolitik dunia yang semakin mencabar sama ada pada peringkat dunia, mahupun menerusi kerjasama ekonomi serantau.