Diterbitkan pada 3 April 2026, 15:58

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek menyerahkan Surat Setuju Terima (SST) kepada 117 kontraktor bagi projek pembinaan infrastruktur pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Dalam majlis tersebut, SST telah diserahkan kepada 70 kontraktor yang layak untuk membina bilik darjah tambahan menggunakan teknologi Industrialised Building System (IBS) di sebanyak 50 buah sekolah seluruh negara, manakala sebanyak 47 kontraktor menerima SST bagi pembinaan 47 dewan serba guna terbuka berbumbung untuk kegunaan warga sekolah.

YB Fadhlina Sidek menegaskan bahawa kerjasama erat antara KPM dan KKR adalah kunci utama bagi memastikan setiap projek berjalan lancar mengikut jadual demi manfaat murid, guru dan masyarakat setempat.

“Tumpuan kerajaan MADANI adalah untuk memastikan prasarana pendidikan yang kondusif di semua sekolah seluruh negara. Pembinaan bilik darjah tambahan IBS disediakan khusus untuk menangani isu sekolah padat dengan pantas dan efisien,” ujar beliau.

Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek ketika menyampaikan ucapan alu-aluan dalam Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Perdana Projek Langkah Segera RMK13 RP1 Cawangan Kerja Pendidikan Tahun 2026.

Beliau juga menambah bahawa akses pendidikan yang berkualiti meningkatkan pengajaran dan pembelajaran, sekali gus memacu kecemerlangan pendidikan.

Yang turut hadir dalam majlis tersebut termasuklah Timbalan Menteri Kerja Raya, YBhg. Datuk Seri Dr. Haji Ahmad Haji Maslan.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi