Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan Sekarang
Kangar – Buat julung kalinya, Perlis menjadi tuan rumah bagi aktiviti penerbangan paramotor yang dianjurkan oleh Kelab Paramotor Flyhigh Perlis, bertempat di kawasan lapang tapak projek pembangunan baharu Kangar Jaya, Seriab berhampiran dengan Kedai Minuman Starbucks.
Program yang berlangsung selama dua hari bermula pada petang semalam telah dihadiri oleh seramai 57 juruterbang paramotor dari seluruh negeri di Semenanjung Malaysia untuk mengambil bahagian dalam “Perlis Permai Lagi Mempersona Tour 2022”.
Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menyempurnakan upacara pelepasan kibaran bendera sebagai simbolik perasmian program ini berlangsung.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Presiden Kelab Paramotor Fly High Perlis, Datuk Haji Abdul Azib Saad.
Antara yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Azman Mohd. Yusof dan Ketua Polis Negeri, DCP Datuk Surina Saad.