Diterbitkan pada 23 Jun 2026, 15:39

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Ipoh – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak menzahirkan rasa prihatin dan simpati yang mendalam ekoran insiden seorang murid dilaporkan terjatuh dari bangunan sebuah sekolah di negeri ini, baru-baru ini .

Dalam suatu kenyataan, JPN Perak memaklumkan bahawa murid berkenaan kini sedang menerima rawatan di hospital dan mendoakan agar mangsa segera sembuh serta diberikan kekuatan buat ahli keluarga.

Mengulas lanjut mengenai insiden tersebut, kes berkenaan kini berada di bawah siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JPN Perak komitmen untuk memberikan kerjasama penuh kepada proses siasatan polis, di samping melancarkan siasatan dalaman bagi meneliti setiap perkara yang berkaitan.

Sehubungan dengan itu, JPN Perak telah mengambil tindakan segera bagi memastikan kebajikan dan bantuan psikososial disalurkan kepada keluarga murid terbabit sepanjang tempoh sukar ini.

JPN Perak menyeru masyarakat memberikan ruang kepada siasatan pihak berkuasa dan menghormati sensitiviti keluarga yang sedang berhadapan dengan ujian pada ketika ini.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi