Diterbitkan pada 10 Julai 2026, 15:05

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Melaka – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka memandang serius insiden yang melibatkan seorang murid mengejar tiga orang rakannya sambil membawa sebilah pisau kecil di sebuah sekolah di negeri ini.

Tindakan pantas pihak sekolah berjaya mengelakkan perkara yang lebih serius, sekali gus memastikan tiada sebarang kecederaan berlaku.

Siasatan dalaman sedang dijalankan termasuklah untuk meneliti sebarang kewujudan unsur provokasi yang mencetuskan kejadian tersebut. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana murid yang didapati bersalah.

JPN Melaka telah mengarahkan semua sekolah di negeri ini supaya memperketat pemantauan aspek keselamatan.

Antara langkah pemantauan yang dilaksanakan termasuklah mengadakan pemeriksaan mengejut dan menggunakan alat pengesan logam untuk memastikan sebarang peralatan berbahaya tidak dibawa ke sekolah.

Murid, ibu bapa dan penjaga juga diingatkan supaya sentiasa berwaspada serta mematuhi peraturan yang melarang membawa peralatan tajam ke sekolah.

Pada masa yang sama, JPN Melaka memberikan tumpuan kepada usaha mengenal pasti tahap kesihatan mental dan emosi murid secara menyeluruh, termasuk murid yang sedang menjalani rawatan serta memerlukan sokongan psikososial.

Program Minda Sihat yang merangkumi pelaksanaan proses saringan berkala, sesi kaunseling dan program intervensi akan terus diperkukuh bagi menyokong kesejahteraan mental dan emosi murid.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi