Diterbitkan pada 23 Julai 2026, 16:32

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kota Kinabalu – “Majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan majalah terbaik sebagai bahan sokongan kepada pelajar untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar.”

Demikian ucapan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, YBrs. Puan Jennitah Noordin ketika menyampaikan ucapan kepada pelajar yang menyertai Program Kembara Majalah Dalam Kelas yang diadakan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-70 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di Sudut Penulis, DBP Cawangan Sabah.

Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, YBrs. Puan Jennitah Noordin ketika menyampaikan ucapan kepada pelajar Program Kembara Majalah Dalam Kelas Dewan Siswa.

Tambah beliau,

Semoga aktiviti pada hari ini tidak hanya sekadar aktiviti sahaja, tetapi akan memberikan kesan yang baik kepada semua pelajar.

Peserta program Kembara Majalah Dalam Kelas tersebut terdiri daripada 93 orang peserta MDK Dewan Pelajar dan 96 orang peserta MDK Dewan Siswa, mewakili 18 buah sekolah rendah dan 10 buah sekolah menengah di sekitar daerah Kota Kinabalu, Penampang, Papar, Kota Belud dan Tuaran.

Pelajar MDK Dewan Siswa berpeluang merakamkan gambar bersama-sama dengan Ahli Lembaga Pengelola DBP, YBhg. Dr. Safiee Haji Ahmad (tengah), Ketua Pengarah DBP, YBhg. Datuk Dr. Hazami Jahari (dua dari kanan); Pengarah DBP Cawangan Sabah, Puan Jennitah Noordin dan pegawai kanan DBP Cawangan Sabah.

Pada masa yang sama, Bengkel MDK untuk Guru turut diadakan dengan pelibatan sebanyak 46 orang guru dari 20 buah sekolah rendah dan 10 buah sekolah menengah di sekitar Kota Kinabalu, Penampang, Kota Belud, Papar dan Tuaran. Bengkel yang dikendalikan oleh Pegawai Perancang Bahasa DBP Cawangan Sabah, Puan Maslijan Abd. Rasad ini bertujuan untuk membantu guru menggunakan majalah terbitan DBP seperti Dewan Siswa, Dewan Pelajar dan Pelita Bahasa sebagai bahan sokongan di dalam kelas.

Bengkel MDK untuk Guru turut diadakan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-70 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan pelibatan sebanyak 46 orang guru dari sekitar Kota Kinabalu, Penampang, Kota Belud, Papar dan Tuaran.

 

Antara pengisian aktiviti Kembara Majalah Dalam Kelas yang melibatkan murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah termasuklah mengenali kata dasar dan kata terbitan; penghasilan puisi dan kuiz menara belon.

 

Kredit Foto: Alwai Supri
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi