Diterbitkan pada 14 Jun 2021, 17:49

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Perdana Menteri paling lama dalam sejarah Israel, Benjamin Netanyahu, 71 tahun, akhirnya terpaksa melepaskan jawatannya selepas kalah tipis dalam undi percaya di parlimen kepada Naftali Bennett, 49 tahun.

Netanyahu yang memegang jawatan Perdana Menteri untuk tempoh 12 tahun,  kalah 50-60 kepada Bennett dalam undi percaya yang diadakan pada Ahad lalu. Bennet akan memegang jawatan tersebut untuk tempoh dua tahun, iaitu bermula hari ini hingga tahun 2023.  Selepas tempoh itu berakhir, Bennet akan digantikan oleh Yair Lapid, 57 tahun menerusi perjanjian dan gabungan yang telah dipersetujui oleh mereka.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi