Oleh Aninah Janang
16 Mac 2021, 20:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Penerima vaksin COVID-19 di negara jiran, Singapura yang mengalami kesan kesihatan serius akibat pemvaksinan COVID-19 boleh membuat permohonan untuk menerima bantuan kewangan bermula esok, 17 Mac 2020.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura, permohonan di bawah Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin (VIFAP) bagi pemvaksinan COVID-19 itu perlu dihantar bersama-sama dengan maklumat perubatan oleh doktor yang merawat mereka.

The Straits Times melaporkan bahawa sebuah panel klinikal bebas akan menyemak semua permohonan tersebut untuk melihat sejauhmanakah kesan yang dialami dan perkaitannya dengan vaksin yang yang diterima individu yang terlibat.

Walau bagaimanapun, jumlah bayaran tersebut boleh dituntut sekali sahaja dan akan diberikan berdasarkan betapa teruknya kesan vaksin tersebut terhadap kesihatan penerimanya. Mereka yang  menuntut pula perlu dirawat di hospital dan menerima rawatan perubatan. Sebaik-baik sahaja mereka pulih daripada kesan kesihatan tersebut, mereka layak menerima sebanyak $2000 atau kira-kira RM6100.

Sementara itu, mereka yang memerlukan rawatan unit pergantungan tinggi  atau rawatan intensif dan kemudian pulih akan menerima sebanyak $10 000 (RM30 500). Penerima vaksin yang meninggal dunia atau mengalami kecacatan yang teruk dan tetap akibat pemvaksinan akan menerima $225 000 (RM68 800).

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.