Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangPutrajaya – Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) telah mengumumkan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara sekali beri (one-off) bagi tahun 2021. SPP memaklumkan bahawa pengambilan khas ini adalah sepertimana yang telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin pada 20 Jun 2021 yang lalu. Hebahan pengambilan ini akan dikeluarkan pada 7 Julai 2021, iaitu selewat-lewatnya pada pukul 5.30 petang.
SPP menyatakan bahawa pengambilan khas ini akan mengutamakan graduan pendidikan sama ada lepasan universiti awam, swasta ataupun luar negara. Di samping itu, pengambilan khas ini juga akan diperluas kepada graduan bukan iktisas pendidikan melalui kepelbagaian kaedah pelantikan pada fasa berikutnya jika masih terdapat kekosongan yang tidak dapat ditampung oleh graduan pendidikan.
Sehubungan dengan itu, SPP menyarankan calon-calon yang terlibat agar bersiap sedia dan sentiasa melayari laman sesawang dan platform media sosial rasmi SPP bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan urusan temu duga pengambilan khas ini.