Oleh Syaza Wardina
7 Julai 2021, 17:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Pejabat Perdana Menteri melalui kenyataan media pada hari ini mengumumkan pelantikan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.

Menurut kenyataan tersebut, pelantikan ini akan dapat membantu Perdana Menteri mengurus pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara yang sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini.

Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

Dalam pada itu, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri. Beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai oleh Ismail Sabri.

Pejabat Perdana Menteri turut memaklumkan kedua-dua pelantikan ini telah disembah maklum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berkuatkuasa serta-merta.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.