Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKuala Lumpur – Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob pada hari ini mengumumkan pembentukan kabinet beliau yang menyaksikan pelantikan sebanyak 31 menteri termasuk empat menteri kanan dan 38 timbalan menteri, dengan kebanyakan anggota lama dalam kerajaan sebelum ini dikekalkan. Antara yang dikekalkan termasuklah Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr. Radzi Jidin.
Selain beliau, Menteri Kanan yang turut dilantik semula terdiri daripada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang memegang portfolio Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Datuk Seri Fadillah Yusof yang menerajui Kementerian Kerja Raya.
Dalam pengumuman itu, Perdana Menteri tidak mengumumkan pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri. Tambahnya, barisan kabinet yang dibentuk pada hari ini merupakan pasukan pengurusan yang akan bekerja bersama-sama rakyat yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
“Kabinet ini perlu bertindak pantas dan bersepadu dalam usaha membebaskan Malaysia daripada ancaman pandemik COVID-19, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik,“ ucap beliau yang disiarkan secara langsung dari pejabatnya di Putrajaya pagi ini.
Tambah Perdana Menteri, dengan mengambil kira hakikat bahawa beliau menerima kerajaan ini dalam keadaan seadanya, maka pembentukan kabinet ini merupakan satu formulasi semula berdasarkan situasi semasa demi mengekalkan kestabilan dan meletakkan kepentingan serta keselamatan keluarga Malaysia lebih daripada segala-galanya.
Maka itu, beliau akan memastikan barisan kabinet akan komited menjayakan agenda negara melalui jalinan kerjasama rentas parti bagi memacu pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.
“Barisan kabinet ini dipilih daripada kombinasi mereka yang berpengalaman, diyakini mampu membantu negara memulihkan ekonomi dengan menyokong usahawan, memudah cara perniagaan, dan merancakkan semula aktiviti ekonomi serta meningkatkan keyakinan pelabur,“ katanya,
Sehubungan dengan itu, kata beliau, bagi mendepani cabaran semasa, kabinet perlu berorientasikan hasil yang berlandaskan tiga prinsip, iaitu peka dengan keperluan semasa, bertanggungjawab dan amanah, dan mengembalikan semula keyakinan rakyat. Tegas Perdana Menteri, beliau akan memastikan barisan kabinet yang akan mengangkat sumpah pada Isnin, 30 Ogos 2021, akan menekankan budaya kerja berprestasi tinggi.
“Setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan. Untuk itu, setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama,“ kata Perdana Menteri lagi.
SENARAI PENUH ANGGOTA KABINET
Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: YB Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri: YB Datuk Lim Ban Hong
Menteri Kanan – Menteri Pertahanan: YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri: YB Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz
Menteri Kewangan: YB Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Timbalan Menteri I: YB Mohd Shahar Abdullah
Timbalan Menteri II: YB Tuan Yamani Hafez Musa
Menteri Kanan – Menteri Kerja Raya: YB Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: YB Datuk Arthur Joseph Kurup
Menteri Kanan – Menteri Pendidikan: YB Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I: YB Senator Dato’ Dr. Mah Hang Soon
Timbalan Menteri II: YB Datuk Mohamad Alamin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi): YB Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: YB Eddin Syazlee Shith
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas): YB Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad
Timbalan Menteri: YB Datuk Mastura Tan Sri Dato’ Mohd Yazid
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang): YB Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri: YB Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati Samsuddin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama): YB Senator Tuan Idris Ahmad
Timbalan Menteri: YB Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak): YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib
Menteri Pengangkutan: YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: YB Dato’ Henry Sum Agong
Menteri Alam Sekitar: YB Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Menteri: YB Dato’ Dr. Mansor Othman
Menteri Sumber Manusia: YB Datuk Seri Saravanan Murugan
Timbalan Menteri: YB Datuk Haji Awang Hashim
Menteri Wilayah Persekutuan: YB Datuk Seri Shahidan Kassim
Timbalan Menteri: YB Datuk Seri Jalaluddin Alias
Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat: YB Datuk Seri Rina Harun
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff
Menteri Pengajian Tinggi: YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad
Timbalan Menteri: YB Senator Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad
Menteri Tenaga dan Sumber Asli: YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan
Timbalan Menteri: YB Datuk Ali Anak Biju
Menteri Dalam Negeri: YB Datuk Seri Hamzah Zainuddin
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said
Timbalan Menteri II: YB Jonathan Yassin
Menteri Kesihatan: YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Dr Noor Azmi Ghazali
Timbalan Menteri II: YB Datuk Aaron Ago Dagang
Menteri Pertanian dan Industri Makanan: YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Haji Ahmad Hamzah
Timbalan Menteri II: YB Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh
Menteri Pembangunan Luar Bandar: YB Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri II: YB Datuk Hasbi Habibollah
Menteri Luar Negeri: YB Dato’ Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri: YB Kamarudin Jaffar
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna: YB Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: YB Dato’ Rosol Wahid
Menteri Komunikasi dan Multimedia: YB Tan Sri Annuar Musa
Timbalan Menteri: YB Datuk Zahidi Zainul Abidin
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: YB Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Timbalan Menteri: YB Datuk Sri Ismail Abdul Mutalib
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: YB Datuk Seri Dr. Adham Baba
Timbalan Menteri: YB Datuk Amzad Mohamed @ Hashim
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: YB Tan Sri Noh Omar
Timbalan Menteri: YB Tuan Muslimin Yahaya
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi: YB Datuk Dr Zuraida Kamaruddin
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: YB Willie Mongin
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan: YB Datuk Seri Nancy Shukri
Timbalan Menteri: YB Datuk Seri Dr Santhara Kumar Ramanaidu
Menteri Perpaduan Negara: YB Datuk Halimah Mohamed Sadique
Timbalan Menteri: YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal
Menteri Belia dan Sukan: YB Datuk Seri Ahmad Faizal Datuk Azumu
Timbalan Menteri: YB Senator Datuk Seri Ti Lian Ker