Diterbitkan pada 30 Ogos 2021, 22:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datuk Dr. Radzi Jidin telah mengadakan perjumpaan bersama-sama pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selepas majlis mengangkat sumpah di Istana Negara petang tadi. Perjumpaan tersebut telah dihadiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1, Yang Berhormat Dato’ Dr. Mah Hang Soon, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof serta Ketua Pengarah Pendidikan, Datin Sri Hajah Nor Zamani Abdol Hamid.

Menurut Dr. Radzi Jidin melalui kenyataannya di laman sosial Facebook beliau, banyak perkara yang telah dicapai dalam usaha menambah baik pendidikan negara dalam tempoh 18 bulan berada di KPM sebelum ini.

Kami akan terus mengikhtiarkan yang terbaik dan berusaha gigih untuk memperkasakan ekosistem pendidikan negara serta menjunjung amanah yang diberikan dengan sehabis baik. Nothing beats hard work!

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi