28 Disember 2021, 15:47

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Ungkapan seperti…

“Saya sayangkan kerjaya saya, tetapi saya tidak mampu menanggung tekanan di tempat kerja”; atau

“Saya terpaksa berhenti kerja disebabkan oleh timbunan kerja yang saya tidak mampu menggalasinya”

…selalu menjadi punca terhadap kebanyakan individu untuk berhenti lebih awal dari dunia pekerjaan.


Yang lebih malang, kes bunuh diri akibat bebanan tekanan yang tidak tertanggung semakin berleluasa pada hari ini. Dalam laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) beberapa tahun lalu meramalkan bahawa tekanan di tempat kerja boleh menjadi satu daripada punca masalah kesihatan manusia menjelang tahun 2021.

Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada tahun 2018, pernah meletakkan seramai 21 ribu pekerja bersara awal disebabkan oleh tekanan di tempa kerja.

Berlandaskan situasi yang dinyatakan tersebut, perkara utama yang seharusnya menjadi perisai ketahanan individu dalam merancang masa depan dalam kerjaya masing-masing adalah sejauh manakah mereka mampu mengatasi masalah sebelum menjadi lebih buruk.

Setiap individu mempunyai impian dalam membina kerjaya masing-masing. Namun begitu, sejauh manakah kerjaya itu mampu dibina dalam situasi yang semakin diselubungi dengan tekanan?

Persoalan ini sering kali menjadi penyebab utama kebanyakan individu mudah berputus asa sehingga melupakan impian yang ingin dicapai dalam dunia kerjaya mereka.

Secara umumnya, tekanan atau dalam bahasa Inggerisnya, stress membawa maksud bimbang (kebimbangan) yang berpunca daripada masalah sehingga mengganggu fikiran. Dalam dunia kerjaya, tekanan sering terjadi apabila seseorang itu gagal menyelesaikan tugasan disebabkan kerja tersebut berada di luar tahap kemampuan diri.

Sehubungan dengan itu, individu yang mempunyai impian untuk membina kerjaya dalam bidang yang diceburi perlu bijak mengawal emosi dan tekanan, berikutan tekanan dan rasa bimbang ini boleh menjadi “penyakit” sekiranya tidak dikawal dalam tempoh yang panjang.

Setiap individu perlu bijak menjalankan tanggungjawab atau menguruskan beban tugas supaya berpadanan dengan pengetahuan dan kemahirannya. Sekiranya tidak, rasa bimbang yang menyebabkan tekanan itu akan mengganggu produktiviti tugasan, sekali gus menyebabkan kejayaan yang ingin dicapai dalam membina kerjaya terkubur begitu saja. Apatah lagi, sekiranya tekanan menjadi lebih teruk kerana tidak mendapat sokongan dan dorongan daripada ketua atau rakan sekerja.

Pengurusan Tekanan yang Baik

Dalam membina kerjaya impian, seharusnya langkah demi langkah untuk mencapai impian itu perlu diselaraskan supaya apabila berdepan dengan sebarang bentuk masalah, individu tersebut dapat menyelesaikan mengikut peringkat dan pengetahuannya.

Sekiranya tidak, perkara pertama yang akan dihadapi ialah berasa bimbang yang terlampau sehingga menyebabkan tertekan. Hal ini perlu diingatkan, masalah tekanan di tempat kerja merupakan isu kronik yang sering diperkatakan dalam organisasi, malah menjadi topik utama dalam forum antarabangsa.

Sebagai pekerja yang terbeban dengan tugasan hakiki, keperluan untuk mengambil tahu tentang cara pengurusan tekanan adalah amat penting.

Terdapat beberapa strategi yang boleh digunakan untuk membantu mengawal atau mengurangkan tekanan di tempat kerja. Pengurusan tekanan penting untuk membantu individu membina kerjaya dan berada lebih lama dalam bidang yang diceburinya.

Antara kaedah pengurusan tekanan di tempat kerja yang baik, termasuklah:

  1. Komunikasi: Komunikasi dua hala merupakan langkah yang efisien dalam usaha menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih jelas.
  2. Seimbang: Keseimbangan antara kerjaya dengan kehidupan penting kesihatan mental dan fizikal untuk bekerja atau
  3. Semuka: Setiap kali ditimpa masalah, bersemuka dengan masalah dan mencari punca untuk Hindari daripada bertangguh atau melarikan diri daripada sesuatu masalah.
  4. Jadual: Rancang dan susun jadual kerja mengikut kepentingan masing-masing.
  5. Rehat: Pekerja merupakan manusia, maka setiap manusia memerlukan masa untuk rehat secukupnya. Sekiranya penat menyiapkan tugasan, rehat sebentar dan lakukan senaman ringan.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!